Revoluzine Blogger

" LebiH hAngiT dAriPada pAngGilaN hAnggiT "

Info hangit. Powered by Blogger.

15 kelebihan melakukan sujud -info hangit

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.











1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang

kredit to http://ohduniaku.com

no 19 ialah nombor bertuah bagi??? - infohangit


Apek Selit Nombor Tuahnya 19 Dalam Wang Hantaran Leuniey



KOTA BHARU, 28 DIS 2012: Penjaga gol skuad bola sepak Kebangsaan, Khairul Fahmi Chet Mat, 23, atau Apex memanjatkan kesyukuran kerana majlis akad nikahnya telah berlangsung dengan selamatnya.

"Saya sendiri rasa macam tidak percaya bahawa saya kini sudah bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha Jaafar. Namun, Alhamdulillah kerana segalanya telah dipermudahkan Allah SWT.

"Mengenai wang hantaran berjumlah RM19,000 ia sebenarnya simbolik kepada angka 19 yang juga merupakan nombor bertuah bagi saya. Jadi, saya harap jumlah wang hantaran ini akan memberikan tuah dalam perkahwinan saya bersama Leuniey.


"Tentang soal berbulan madu, saya dan Leuniey masih belum memikirkannya lagi kerana apa yang penting adalah mendahulukan perkara yang wajib. Selepas kahwin, rutin harian saya tetap sama iaitu menjadi penjaga gawang Kelantan," katanya kepada murai.com.my.
Kira-kira jam 10 pagi tadi, Apex dengan Leuniey telah selamat diijabkabulkan di kediaman keluarga Leuniey. Pasangan ini telah di telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib dengan bersaksikan Abd Malik Junoh dan Khairuddin Abu Bakar daripada keluarga belah pihak Leuniey serta Selamat Saimun dan Mohd Zuki Mat Min (pihak lelaki). Turut hadir adalah uimbalan Mufti Kelantan, Dato` Nik Abd Kadir.
Dalam majlis tersebut, rombongan pihak lelaki turut menyerahkan wang hantaran yang juga mas kahwin bernilai RM19,000 berserta 7 dulang yang mengandungi barang-barang seperti kain Sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung, berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan yang terdiri daripada kain Sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Majlis akad nikah Apex dengan Leuniey ini turut mendapat liputan lintas langsung dari Astro Awani. Malah, ia juga turut dirakamkan untuk program Walimatul Urus di Astro Ria.

khasiat lobak merah

Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa lobak merah baik untuk mengubati masalah rabun jauh.

Namun, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sebenarnya mempunyai banyak lagi kegunaan untuk membantu mengubati pelbagai jenis penyakit lain.


Lobak tidak semestinya dimasukkan dalam makanan, ia juga amat popular dibuat sebagai jus lobak susu yang sering menjadi pilihan di restoran.

Jom ketahui apakah khasiat lobak merah ini.












1)Batu Karang-Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari.
2)Ekzema
-Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.
3)Hipertensi
-Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.


4)Kekejangan Jantung
-Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.


5)Sakit Ketika Datang Haid
-Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.


sumber dari http://infomenarikanda.blogspot.com/

Facebook Twitter RSS